
23 Jun 2026
đŹ âKDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barangan kawalan. Tindakan tegas akan terus dilaksanakan bagi melindungi kepentingan rakyat serta menjamin keterjaminan bekalan negara.â
â YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) serta JSJ D3 terus menjadi peneraju dalam usaha membanteras aktiviti penyelewengan bekalan bersubsidi dan penyeludupan yang memberi kesan langsung kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat.
Sehingga 21 Jun 2026, operasi bersepadu yang dilaksanakan telah mencatatkan:
â RM54.54 Juta nilai rampasan
â 977 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan
â Rampasan melibatkan diesel, petrol, LPG, gula dan tepung gandum
â Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di stor simpanan, premis perniagaan, laluan logistik dan kawasan berisiko tinggi
Melalui pendekatan Smart Enforcement, PDRM terus memperkukuh risikan, pemantauan dan operasi bersepadu bagi memastikan aktiviti penyelewengan bekalan dapat dibanteras secara menyeluruh.
Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan KDN dalam memperkukuh keselamatan negara, mengekang ketirisan subsidi serta memastikan bekalan keperluan rakyat sentiasa terpelihara.
Sumber: KDN
