PRN JOHOR PESANAN NURUL IZZAH:

Temu bual khas penulis bersama Nurul Izzah berlangsung di Muar , petang semalam.

KUKUHKAN DIRI, PERBETULKAN NIAT UNTUK BAWA PERUBAHAN KEPADA RAKYAT

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan Khas PRN Johor)

23 Jun 2026 –

Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyeru seluruh rakyat Johor agar terus mendoakan kejayaan usaha dan perjuangan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung pada 11 Julai depan.

Menurut beliau, walaupun persaingan kali ini dijangka sengit, seluruh jentera dan calon PH perlu terus memperkukuhkan diri serta memperbetulkan niat dalam usaha membawa perubahan dan kebaikan kepada rakyat.

“Saya hanya minta semua mendoakan kita. Kita mahu melakukan perkara yang baik untuk rakyat. Walaupun cabarannya sangat sengit, kita perlu terus memperkukuhkan diri, memperbetulkan niat dan yakin bahawa ada hikmah di sebalik segala yang berlaku,” jelas Nurul Izzah .

Beliau berkata demikian ketika mengakhiri sesi temu bual khas bersama penulis selepas menghadiri program bersama jentera parti serta pertemuan dengan calon-calon KEADILAN yang bertanding dalam PRN Johor kali ini.

Nurul Izzah menegaskan bahawa perjuangan politik tidak seharusnya hanya dilihat dari sudut persaingan semata-mata, sebaliknya sebagai satu amanah besar untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan negeri.

SEMANGAT POSITIF

Beliau turut berharap seluruh calon serta petugas parti dapat mengekalkan semangat positif, memperkukuh perpaduan dan meneruskan usaha mendekati rakyat sepanjang tempoh kempen.

Kenyataan beliau itu dilihat sebagai mesej penutup yang penuh dengan nilai kesederhanaan, keikhlasan dan keyakinan bahawa setiap cabaran yang dihadapi mempunyai hikmah tersendiri dalam perjalanan politik serta perjuangan membela rakyat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *