DAYA TAHAN EKONOMI MESTI DIPERKUKUHKAN TANPA MENGORBANKAN SEMANGAT KERJASAMA

18 Jun 2026

Di Forum Perniagaan Rusia-ASEAN hari ini, Perdana Menteri memetik kata-kata penyair agung Tatarstan, Abdullah Tukay, bahawa “only in serving the people do I admit true happiness.”

Menurut PMX pesanan tersebut mengingatkan bahawa matlamat utama setiap dasar dan kerjasama ekonomi adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Jelas beliau dunia kini berdepan pelbagai tantangan, daripada ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan hinggalah kepada persaingan teknologi yang semakin sengit.

‘Dalam keadaan ini, kita perlu memperkukuh kerjasama, bukan bergerak bersendirian.

ASEAN telah membuktikan dirinya sebagai antara rantau ekonomi paling dinamik dan berdaya tahan, berteraskan keterbukaan, keterangkuman dan kerjasama, ” Jelas PMX dalam perkongsiannya di laman media sosial hari ini.

PMX berkata, dalam semangat sama, ASEAN dan Rusia mempunyai potensi besar untuk memperluas kerjasama dalam bidang strategik seperti keselamatan makanan, tenaga, teknologi digital, pendidikan dan pembangunan bakat.

” Saya turut mengalu-alukan pembangunan ASEAN-Russia Strategic Programme on Trade and Investment Cooperation 2026–2035 yang bakal memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi kedua-dua pihak.

” ASEAN akan terus mempertahankan sistem perdagangan yang terbuka, adil dan berpandukan peraturan yang dipersetujui bersama.,” katanya.

Jelas PMX lagi, dalam dunia yang semakin tidak menentu, daya tahan ekonomi mesti diperkukuh tanpa mengorbankan semangat kerjasama.

” Segala persefahaman yang dicapai mesti diterjemahkan kepada tindakan yang menjana peluang, mencipta kemakmuran dan membawa manfaat nyata kepada rakyat,” ujar PMX.

Soroton : Berita Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *