PMX terima kunjungan Ketua Pesuruhjaya SPRM

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
11 JUN 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abdul Halim Aman hari ini.

Beliau turut menekankan usaha memperkukuh tatakelola, integriti serta agenda reformasi institusi negara yang menjadi teras kepada pembinaan Malaysia yang lebih adil, telus dan berdaya saing.

“Saya juga menegaskan bahawa integriti bukan sekadar tuntutan dalam perkhidmatan awam, tetapi asas penting bagi menjamin keyakinan rakyat, menarik pelaburan berkualiti serta menentukan masa depan negara yang lebih mampan,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata Kerajaan MADANI akan terus memperkasakan SPRM sebagai institusi yang berwibawa dan dihormati dalam usaha membanteras rasuah tanpa kompromi demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *