NADMA SELARAS TINDAKAN HADAPI RISIKO EL NIÑO DANMONSUN BARAT DAYA

PUTRAJAYA, 9 Jun 2026 – Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana
Negara (NADMA) memperkukuh tahap kesiapsiagaan nasional susulan jangkaan
cuaca panas dan kering yang lebih mencabar akibat fenomena El Niño yang
dijangka berterusan sehingga awal tahun 2027.

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail bin Meor Akim berkata, rumusan yang
dapat dibuat dalam Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Menghadapi Monsun
Barat Daya (MBD) 2026 adalah jelas bahawa negara pada masa ini berdepan
dengan peningkatan risiko fenomena El Niño seperti kebakaran terbuka, kemarau,
jerebu serta keadaan cuaca kering yang berpanjangan.

Walaupun keadaan semasa masih terkawal, kerajaan tidak mengambil mudah dan
semua agensi berkaitan telah diminta untuk mempertingkat kesiapsiagaan dan
melaksanakan langkah mitigasi lebih awal bagi memastikan keselamatan rakyat,
kelangsungan bekalan air serta kesejahteraan negara terus terpelihara.

Antara langkah mitigasi yang telah diambil maklum dan dipersetujui untuk
dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

  1. NADMA telah menyelaras pelaksanaan tujuh (7) siri Operasi Pembenihan
    Awan (OPA) melibatkan 27 penerbangan sejak Februari 2026 meliputi zon
    utara, selatan, timur, Sabah dan Sarawak. Tiga (3) siri lagi operasi dijadual
    untuk dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membantu meningkatkan
    taburan hujan dan paras empangan di kawasan yang terjejas.

Operasi
tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) melalui penggunaan pesawat C-130 Hercules, manakala Jabatan
Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bertanggungjawab menyelaras aspek
teknikal dan saintifik pembenihan awan.

  1. MET Malaysia) akan terus membuat pemantauan dan mengeluarkan status
    kemas kini fenomena El Niño sepanjang MBD.

MET Malaysia juga diminta
untuk mengeluarkan ramalan jerebu dan menyalurkan maklumat ramalan
kebakaran hutan kepada pihak JPBM yang dijana melalui sistem (Fire
Danger Rating System – FDRS) dengan unjuran tujuh hari ke hadapan.

  1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diminta bekerjasama
    dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memantau 83 lokasi titik panas
    (hotspot) berisiko tinggi kebakaran terbuka secara berterusan sepanjang
    tempoh Monsun Barat Daya bagi tujuan mitigasi awal.

Kedua-dua agensi
juga diminta untuk mengadakan lebih banyak program kesedaran komuniti
dengan kerjasama Rakan NADMA berkaitan dengan pembakaran terbuka
di kawasan titik panas tersebut.

  1. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diminta untuk mengenalpasti
    empangan-empangan yang memerlukan penyelengaraan supaya pihak-
    pihak yang terlibat boleh mengambil tindakan segera.
  2. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) diminta untuk
    mengenalpasti lebih banyak lokasi sumber air bawah tanah untuk dibina
    telaga tiub sebagai salah satu kaedah mitigasi di kawasan-kawasan yang
    kekurangan air.
  3. Dalam aspek kesihatan awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
    diminta untuk menyebarluaskan lagi hebahan mengenai kesan-kesan
    kesihatan akibat cuaca panas sebagai advokasi kepada orang ramai
    terutama kepada golongan berisiko tinggi.
  4. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga diminta untuk meluncurkan
    program kesedaran menghadapi cuaca panas kepada pelajar-pelajar
    sekolah di peringkat kebangsaan bagi meningkatkan kesedaran serta
    mengurangkan risiko kesan MBD ini.

NADMA menegaskan bahawa pendekatan keseluruhan kerajaan (whole-of-
government) terus menjadi tunjang utama Kerajaan MADANI pada masa ini dalam
memastikan setiap agensi berkaitan berada pada tahap kesiapsiagaan optimum
bagi menghadapi sebarang risiko bencana yang berpunca daripada cuaca panas
dan kering.

NADMA akan terus memantau perkembangan situasi semasa dan
menyelaras tindakan semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan,
kesejahteraan serta kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.


Disediakan oleh:
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA)
JABATAN PERDANA MENTERI

9 JUN 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *