PMX iring Agong ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
5 JUN 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pagi tadi.

Beliau berkata istiadat bagi menzahirkan penghormatan tertinggi ini menyaksikan lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diarak yakni Panji-Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Panji-Panji ini adalah satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Raja dan Negara,” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *