



Oleh: Sholina Osman
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
1 JUN 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.
“Di bawah naungan Tuanku, negara terus melangkah dengan penuh tertib dan keyakinan, berpaksikan prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen,” kata Anwar dalam perkongsian di FB.
Beliau berkata Kerajaan MADANI tertegak dan kukuh dengan kesetiaan dan perpaduan rakyat yang rata-rata dipupuk semangat serta tekad untuk membina negara meski berdepan badai akibat Perang Teluk dan tempiasan kegawatan ekonomi.
Jelas beliau Insya-Allah, prakarsa bagi menjamin pengagihan adil kepada semua negeri dan wilayah; terutamanya kalangan miskin dan terpinggir akan terus diperhebat dengan panduan dan naungan Tuanku.
“Patik mewakili Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat menjunjung kasih atas pemerintahan Seri Paduka Baginda yang bijaksana, dan yang sentiasa menjadi lambang penyatuan dan keluhuran negara. Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku. – JM
