
1 Jun 2026
Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendahului senarai 144 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.
Wan Ahmad Farid, 63, yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 pada 28 Julai tahun lepas, menjadi penerima tunggal Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.
Sumber: Bernama
