



Wartawan JM
Foto: RPO
31 MEI 2026
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan bersantap sarapan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Banglo 289, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
“Dalam suasana santai, bertukar pandangan mengenai pelbagai perkembangan semasa yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara,” kata Anwar dalam perkongsian di FB.
Beliau berkata mereka sempat juga beramah mesra dengan para pengunjung lain. – JM
