
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh operasi bersepadu dalam membanteras ketirisan subsidi dan aktiviti penyeludupan bahan kawalan demi memastikan keselamatan negara, kestabilan bekalan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
đŹ âKDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan strategik demi keselamatan rakyat dan kestabilan negara.â
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Operasi penguatkuasaan dijalankan secara menyeluruh melibatkan pemeriksaan lori minyak, sekatan jalan raya, dokumentasi barang rampasan serta pemantauan rantaian pengedaran bahan bersubsidi di beberapa lokasi tumpuan termasuk Kuching, Butterworth dan Tumpat.
Antara fokus utama operasi termasuk:
â
Membanteras ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi
â
Memperkukuh pemeriksaan lori tangki dan dokumentasi pengangkutan
â
Meningkatkan operasi sekatan jalan raya secara strategik
â
Melaksanakan tindakan tegas terhadap penyelewengan subsidi
â
Melindungi subsidi rakyat dan kestabilan bekalan negara
Sepanjang operasi dilaksanakan, nilai rampasan harian direkodkan sebanyak RM183,601.75 melibatkan rampasan diesel dan petrol yang dipercayai cuba diselewengkan untuk tujuan penyeludupan.
KDN komited memastikan pendekatan Smart Enforcement, operasi berasaskan risikan dan kerjasama rentas agensi terus diperkasakan bagi memastikan ketirisan dapat dibanteras secara menyeluruh demi kepentingan rakyat dan negara.
