
25 Mei 2026
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim hari ini Mesyuarat Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini mendengar pembentangan utama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam merungkai krisis rantaian bekalan global yang kian menekan.
PMX berkata kerajaan MADANI memahami denyut nadi rakyat yang sedang berdepan tekanan kenaikan kos dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Atas pertimbangan tersebut, Kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar demi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.
Jelas beliau lagi terkait dengan jaminan kesihatan rakyat, secara keseluruhannya, bekalan ubat masih stabil dan KKM akan terus memantau dengan rapi sebarang cabaran rantaian stok mahupun harga bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa keadaan.
Kata PMX apa jua cabaran yang mendatang, Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras, bertindak dengan ihsan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara.
