SMART ENFORCEMENT DIPERKUKUH πŸ‡²πŸ‡Ύ

23 Mei 2026

Sepanjang tahun 2025, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya mengurus lebih 115 juta pergerakan keluar masuk melibatkan warganegara dan bukan warganegara di seluruh pintu masuk negara. Keupayaan ini membuktikan kesiapsiagaan sistem imigresen negara dalam mengekalkan keseimbangan antara fasilitasi perjalanan dan keselamatan nasional.

Pendekatan Smart Enforcement terus diperkukuh bagi memastikan kawalan sempadan negara kekal selamat, efisien dan diyakini di peringkat antarabangsa.

πŸ’¬β€œJabatan Imigresen Malaysia hari ini bukan sekadar agensi fasilitasi perjalanan, tetapi sebuah agensi penguatkuasaan dan keselamatan strategik negara yang memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Peningkatan jumlah pergerakan antarabangsa termasuk lebih 43 juta pelawat asing turut mencerminkan keyakinan global terhadap kestabilan, keselamatan dan reputasi Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan, perdagangan dan pelancongan antarabangsa.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *