Kes polis jatuh bangunan: Tiada unsur jenayah dikesan

SHAH ALAM, 21 Mei– Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan setakat ini, berhubung insiden menimpa seorang pegawai kanan polis yang maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Seksyen 14, Shah Alam, awal pagi pada Rabu (20 Mei).

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan awal mendapati insiden berkenaan dipercayai berlaku akibat kemalangan.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes berkenaan kini disiasat sebagai kematian mengejut.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh memberi kesan tidak baik kepada keluarga Allahyarham.

“Sekiranya spekulasi itu tidak benar dan berbaur fitnah, insya-Allah laporan polis boleh dibuat dan tindakan siasatan akan dijalankan.”

“Tindakan tegas juga akan diambil sekiranya terdapat komen atau spekulasi tidak benar yang boleh mengaibkan arwah serta keluarga beliau,” kata Datuk Shazeli.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

  • Sumber- RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *