JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

KENYATAAN MEDIA

22 Mei 2026

DAKWAAN SALAH LAKU SEKSUAL DI SEKOLAH SEDANG DISIASAT
PIHAK BERKUASA, JPN JOHOR TIDAK BERKOMPROMI TERHADAP
SEBARANG PELANGGARAN PERATURAN BERKAITAN

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor mengambil perhatian berkaitan
isu salah laku seksual di sebuah sekolah di negeri ini seperti yang tular
di media sosial.

Beberapa laporan polis telah dibuat termasuk dari pihak sekolah yang
membawa kepada tahanan reman guru terbabit bagi membantu siasatan.

JPN Johor menyeru pihak polis untuk menjalankan siasatan
yang profesional dan menyeluruh berhubung kes ini supaya tindakan
undang-undang boleh diambil jika dibuktikan bersalah.

Sepanjang
proses siasatan sedang berjalan, guru terbabit akan ditempatkan
di Pejabat Pendidikan Daerah.

Pada masa sama, JPN Johor juga sedang berkerjasama dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan murid yang menjadi
mangsa dilindungi dan kesejahteraannya terpelihara.

JPN Johor tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual
di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

Tindakan tegas akan
diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati bersalah.

Orang ramai yang berhadapan dengan kes seumpama ini dinasihatkan
untuk membuat laporan polis dan tidak menarik semula laporan tersebut
supaya siasatan dan tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
22 MEI 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *