
20 Mei 2026
PUTRAJAYA — Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
mengambil maklum kenyataan yang dibuat di Dewan Undangan
Negeri Sarawak berhubung ketiadaan perkhidmatan
penerbangan AirBorneo bagi laluan Kuching–Sibu, Kuching–Miri
dan Kuching–Bintulu kerana perjanjian yang dimeterai oleh
Kerajaan Persekutuan pada tahun 2019.
MOT ingin menjelaskan fakta-fakta berikut:
- Berdasarkan semakan semula Perkhidmatan Udara Luar
Bandar (Rural Air Services – RAS) yang telah dilaksanakan
oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada
tahun 2017, enam (6) laluan RAS yang disediakan oleh
MASwings iaitu Kota Kinabalu – Sandakan, Kota Kinabalu
– Tawau, Kota Kinabalu – Miri, Kuching – Miri, Kuching –
Bintulu dan Kuching – Sibu sudah tidak lagi memenuhi
definisi obligasi perkhidmatan awam (Public Service
Obligations – PSO) dan tidak layak untuk dikategorikan
sebagai RAS di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan
Malaysia 2015 [Akta 771] memandangkan laluan tersebut
turut dioperasikan secara bersama oleh MASwings dengan
AirAsia, Malaysia Airlines Berhad (MAB) atau kedua-
duanya. - Perubahan status laluan-laluan tersebut sebagai laluan
komersial akan lebih menggalakkan penglibatan syarikat
penerbangan tempatan untuk beroperasi dan seterusnya
memberi pengguna penerbangan di kawasan luar bandar
Sabah dan Sarawak lebih banyak pilihan penerbangan. - Akta Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024
[Akta A1723] mentakrifkan “obligasi perkhidmatan awam”
sebagai pengadaan suatu perkhidmatan bagi membawa
melalui udara atau penggunaan mana-mana pesawat
udara untuk membawa penumpang, mel atau kargo untuk
sewa atau upah bagi suatu perjalanan berjadual di antara
aerodrom yang tidak akan dibuat oleh syarikat
penerbangan jika syarikat penerbangan itu hanya
menimbangkan kepentingan komersialnya semata-mata. - Perubahan status laluan-laluan tersebut sebagai laluan
komersial akan lebih menggalakkan penglibatan syarikat
penerbangan tempatan untuk beroperasi dan seterusnya
memberi pengguna penerbangan di kawasan luar bandar
Sabah dan Sarawak lebih banyak pilihan penerbangan. - Pada masa sekarang, syarikat penerbangan AirAsia
menyediakan perkhidmatan penerbangan bagi laluan-
laluan tersebut dengan kekerapan seperti berikut:
a) Kuching–Miri sebanyak 46 kali seminggu,
b) Kuching–Bintulu 38 kali seminggu, dan
c) Kuching–Sibu 37 kali seminggu. - Kerajaan Negeri Sarawak melalui anak syarikatnya
AirBorneo telah mengambil alih MASwings mulai 1 Januari
Sehubungan itu, pihak AirBorneo boleh
mengemukakan permohonan untuk menyediakan
perkhidmatan penerbangan bagi ketiga-tiga laluan tersebut
secara komersial.
- Ini adalah kerana laluan-laluan tersebut seperti Kuching-
Sibu dan Kuching-Miri adalah penerbangan antara bandar
dan tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan luar
bandar.
Justeru, penerbangan laluan-laluan tersebut tidak
wajar menerima subsidi kerana ia melibatkan dua bandar,
seperti mana-mana penerbangan antara bandar di
Semenanjung.
MOT kekal komited dalam memastikan rakyat di Sarawak
menikmati akses kepada perkhidmatan penerbangan yang
cekap, berpatutan, berkualiti dan selamat.
Selaras dengan
aspirasi Malaysia MADANI, Kerajaan Persekutuan akan terus
memperkukuh kerjasama strategik bersama semua pihak
berkepentingan bagi memastikan keperluan pengangkutan
udara di Sarawak dapat dipenuhi secara inklusif dan mampan
demi kesejahteraan rakyat.
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
20 MEI 2026
