
21 Mei 2026
Sentuhan Keluarga dalam Penjagaan Kesihatan Prospek Penyakit Kronik di Penjara
Apabila seorang ahli keluarga ditahan, tanggungjawab keluarga terhadap kesihatan mereka tidak terhenti di pintu penjara. Ramai prospek sebenarnya sedang berjuang dengan penyakit kronik yang “tidak nampak” seperti diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, asma, HIV, dan penyakit buah pinggang yang memerlukan rawatan berterusan.
Bagi memastikan mereka kekal sihat dan selamat sepanjang tempoh tahanan, keluarga boleh memainkan peranan melalui langkah-langkah berikut:
- Menjadi “Jambatan Maklumat” Perubatan
Pihak penjara memerlukan maklumat lengkap untuk meneruskan rawatan yang sewajarnya. Keluarga perlu menyampaikan maklumat mengenai sejarah penyakit, ubat-ubatan semasa, alahan, serta rawatan susulan yang pernah diterima sebelum mereka ditahan. Jika prospek mempunyai sejarah kesihatan yang sangat serius atau memerlukan peralatan perubatan khas, maklumkan kepada pihak penjara dengan kadar segera. - Menyerahkan Dokumen Penting
Jangan simpan laporan perubatan di rumah. Serahkan salinan laporan perubatan, kad temu janji hospital, atau klinik pakar kepada institusi penjara. Dokumen ini sangat kritikal agar rawatan sedia ada dapat diteruskan tanpa gangguan. - Memberikan Sokongan Emosi yang Kuat
Kesihatan fizikal sangat dipengaruhi oleh keadaan mental. Tekanan emosi boleh menyebabkan kawalan penyakit kronik menjadi merosot. Melalui komunikasi yang baik, kata-kata semangat, dan keprihatinan, keluarga dapat membantu banduan kekal tenang, berfikiran positif, dan lebih patuh kepada arahan rawatan yang diberikan oleh doktor penjara. - Sentiasa Berhubung dengan Pihak Penjara
Jika keluarga menyedari terdapat sebarang perubahan pada tahap kesihatan ahli keluarga yang ditahan, segeralah berhubung dengan Pegawai Perubatan melalui pihak penjara. Ini penting supaya pemeriksaan dan pemantauan segera dapat dilakukan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah.
Kerjasama yang diberikan bukan sahaja membantu menyelamatkan nyawa mereka, malah turut memperkukuh hubungan antara keluarga dan pihak penjara dalam memastikan rawatan berterusan, kesihatan terkawal serta kesejahteraan prospek sentiasa terpelihara.
Bahagian Korektif
Seksyen Rawatan & Layanan
Unit Rawatan
Jabatan Penjara Malaysia
