Tewaskan India 2-0 :PMX ucap tahniah pasukan negara juara acara kuadran di Piala Dunia Sepak Takraw

20 Mei 2026

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan negara atas kejayaan muncul juara acara kuadran di Piala Dunia Sepak Takraw selepas menewaskan India 2-0 dalam aksi penuh semangat, disiplin dan daya juang tinggi.

PMX berkata, kejayaan ini bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan anak watan memiliki kecekalan, kesatuan tekad dan kemampuan untuk terus bersaing serta mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

” Syabas wira negara. Semangat juang yang dipamerkan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah!, ” ucap PMX yang dikongsi di laman media sosial hari ini.

JULANG TROFI PERTAMA PIALA DUNIA ACARA KUADRAN

Malaysia menjulang trofi sulung acara kuadran selepas β€˜merejam’ India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa malam ini.

Skuad negara yang dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi menerima tonik tambahan hasil sokongan luar biasa kira-kira 3,000 penonton yang membanjiri stadium yang digelar Home of Sepak Takraw itu.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *