India kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Selatan :Nilai positif perdagangan dua halaUSD 18.59 bilion – PM Anwar

18 Mei 2026

Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat perpisahan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N. Reddy, yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatan beliau di negara ini tidak lama lagi.n

PMX berkata, pertemuan itu turut dimanfaatkan bagi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan India yang kini berada pada tahap Kerjasama Strategik Komprehensif, sekali gus mencerminkan iltizam bersama dalam memperluas kerjasama merentasi pelbagai bidang termasuk perdagangan, digital, kecerdasan buatan (AI), keterjaminan makanan, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat.

” Saya turut menyentuh perkembangan positif perdagangan dua hala yang mencecah USD18.59 bilion pada tahun 2025, sekali gus mengekalkan India sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Selatan.

” Kerjasama dalam bidang digital dan teknologi baharu juga terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan menerusi penganjuran Mesyuarat Pertama Malaysia–India Digital Council (MIDC) serta MY–India AI Conclave di Kuala Lumpur baru-baru ini, ” kata PMX dalam perkongsian di laman media sosial hari ini.

Jelas Anwar lagi, Malaysia akan terus memperkukuh hubungan baik ini demi manfaat bersama, kestabilan serantau serta kemakmuran yang lebih inklusif buat kedua-dua negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *