Risiko penularan hantavirus kekal rendah – WHO

GENEVA, 18 Mei – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih mengekalkan penilaian wabak hantavirus sebagai “berisiko rendah”.

“Risiko kesihatan awam telah dinilai semula berdasarkan maklumat terkini yang tersedia dan risiko global kekal rendah.

“Walaupun kes tambahan masih boleh berlaku dalam kalangan penumpang dan kru yang terdedah sebelum langkah pembendungan dilaksanakan, risiko penularan lanjut dijangka berkurangan selepas proses turun dari kapal dan pelaksanaan langkah kawalan,” menurut kenyataan WHO.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika kapal persiaran yang menjadi punca penularan wabak hantavirus menghampiri Belanda.

MV Hondius yang membawa baki 25 kru dan dua petugas perubatan dijangka berlabuh di pelabuhan Rotterdam, Belanda antara pukul 10 pagi hingga tengah hari Isnin waktu tempatan.

Kapal yang dikendalikan oleh syarikat Belanda, Oceanwide Expeditions itu menjadi perhatian selepas tiga penumpang maut akibat hantavirus – sejenis virus yang jarang berlaku.

Setakat ini tiada vaksin mahupun rawatan khusus bagi wabak berkenaan.

Sumber -AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *