PMX terima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Türkiye ke Malaysia

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
18 MEI 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Türkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel, sambil bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa serantau dan global serta usaha berterusan memperkukuh hubungan erat antara kedua-dua negara.

“Saya turut merakamkan penghargaan atas peranan dan sumbangan Emir Salim sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam memperkukuh persahabatan dan hubungan bilateral Malaysia–Türkiye yang sekian lama terjalin erat berteraskan semangat saling menghormati dan manfaat bersama,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata hubungan Malaysia–Türkiye yang kini berada pada tahap Kerjasama Strategik Komprehensif terus menjadi landasan penting dalam memperluas kerjasama merentasi pelbagai bidang strategik termasuk perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, teknologi, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat.

“Moga hubungan akrab antara Malaysia dan Türkiye akan terus diperkasa demi keamanan, kestabilan serantau serta kemakmuran yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” jelas Anwar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *