



Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 MEI 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Sri Sendayan bersama dengan ahli kariah masjid.
Dalam ucapan ringkas selepas solat Jumaat, beliau menzahirkan rasa syukur dapat bersama di masjid yang indah ini namun menekankan kepentingan fungsi masjid dalam masyarakat.
Firman Allah SWT:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Maksudnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
(Surah al-Taubah: 18)
Mendiri dan memakmurkan masjid merupakan tanggungjawab kita bersama disamping mempertautkan keimanan kepada Allah SWT.
DARI PERANAN MASJID
“Semoga sikap, jati diri dan keyakinan yang lahir dari peranan masjid dapat memacu semangat perjuangan kita semua untuk terus cekal dan rencam dan cabaran semasa yang dihadapi hari ini,” kata beliau.
Selepas selesai solat beliau telah menyaksikan penyerahan cek cura berjumlah RM47.7 juta daripada Kerajaan MADANI kepada Negeri Sembilan bagi pelaksanaan aktiviti pengimarahan dan pembangunan syiar Islam meliputi bayaran imbuhan, elaun imam, bilal, siak, guru takmir dan Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) termasuk inisiatif pemberian sumbangan khas one-off.
Anwar berkata peruntukan ini juga adalah untuk bantuan pembiayaan projek selanggara dan naik taraf institusi pendidikan Islam di Negeri Sembilan.
“Semoga peruntukan yang disampaikan ini dapat dimanfaatkan untuk memperkasa institusi pendidikan Islam dan mengangkat nilai syiar Islam di kalangan para imam, guru takmir dan guru KAFA,” kata beliau. – JM
