Ekonomi Malaysia Melepasi Jangkaan Untuk Dua Suku Tahun Berturut-turut

16 Mei 2026

Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan apabila KDNK negara berkembang 5.4% pada Suku Pertama 2026, sekali gus melangkaui jangkaan bagi dua suku berturut-turut.

Prestasi ini disokong oleh permintaan domestik yang kekal kukuh, pasaran buruh yang memberangsangkan, inflasi yang terkawal serta sektor luaran yang terus berdaya tahan meskipun ketidaktentuan global meningkat susulan konflik di Asia Barat.

Kerajaan MADANI akan terus memantau rapi perkembangan semasa dan melaksanakan langkah bersasar bagi mengurangkan dampak kenaikan harga tenaga global terhadap rakyat dan perniagaan, termasuk melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95), BUDI Diesel serta sokongan pembiayaan kepada PMKS.

Berteraskan Ekonomi MADANI, Kerajaan kekal komited untuk memperkukuh momentum pertumbuhan negara, memastikan kestabilan ekonomi dan menterjemahkan pertumbuhan kepada hasil yang nyata buat rakyat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *