ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DAN RIBUT

14 MEI 2026 | KHAMIS | 11.00 PAGI
DEWAN KOMUNITI FLAT SRI PULAU PINANG

YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bersama dengan Datuk Azman Abidin; Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri dan Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud;Datuk Bandar Kuala Lumpur hadir menghulurkan sumbangan dan bertanya khabar mangsa kebakaran dan ribut di Bandar Tun Razak.

YB memperingatkan kepada semua; jiran itu penting, dalam Islam kejiranan merupakan satu daripada fitrah manusia yang hidup dalam masyarakat. Dengan ini, kita perlu menyesuaikan diri untuk hidup bersama jiran, mereka merupakan frontliner sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Terima kasih kepada kepada Pusat Khidmat Masyarakat Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, pihak BOMBA, DBKL, MPPWP Zon Bandar Tun Razak, MPPWP Sub Zon 1 Bandar Tun Razak, PDRM, APM Wilayah Persekutuan,RELA, Pasukan Bencana JKM WP dan semua pihak secara langsung dan tidak langsung yang membantu. Semoga kita berada dalam rahmat Allah SWT dan diberkati dalam segala urusan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *