


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia, YDH CP Datoโ Hussein Omar Khan telah mengeluarkan kenyataan media rasmi berhubung isu โPablo Escobar 2.0 Langkawiโ yang tular dan mendapat perhatian masyarakat.
Kenyataan media ini menjelaskan bahawa JSJN telah melaksanakan risikan serta siasatan terancang sejak awal tahun sebelum melancarkan operasi khas โOp Langkaโ bagi membanteras kegiatan pengedaran dadah yang dikesan aktif di sekitar Langkawi dan beberapa lokasi lain termasuk Lembah Klang.
Menerusi operasi berkenaan, pelbagai serbuan, tangkapan serta rampasan dadah berjaya dilaksanakan termasuk tindakan tegas terhadap individu yang terlibat tanpa mengira pangkat, kedudukan atau latar belakang.
JSJN menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti pengedaran dadah dan akan terus komited memperkukuhkan usaha membanteras ancaman dadah demi keselamatan negara serta kesejahteraan masyarakat.
Orang ramai digesa untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui Hotline JSJN di 012-208 7222.
โฆ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ โฆ
