Bendera Palestin warnai perarakan kejuaraan Barcelona

BARCELONA, 12 Mei – Bintang muda sensasi Barcelona, Lamine Yamal mencuri perhatian apabila mengibarkan bendera Palestin ketika perarakan meraikan kejayaan kelab itu menjuarai LaLiga, semalam.

Tindakan simbolik berkenaan berlaku ketika puluhan ribu penyokong memenuhi jalan-jalan di Barcelona bagi meraikan kejuaraan liga ke-29 kelab itu selepas menewaskan seteru utama, Real Madrid 2-0 dalam aksi El Clasico di Camp Nou, Ahad lalu.

Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan pemain remaja Sepanyol itu mengangkat bendera Palestin dari atas bas perarakan sambil disambut sorakan penyokong.

FC Barcelona sejak kebelakangan ini turut menjadi tumpuan demonstrasi pro-Palestin susulan konflik Israel-Palestin yang memuncak sejak Oktober 2023.

Bandar itu juga sering menjadi lokasi perhimpunan solidariti selain titik pelepasan misi bantuan kemanusiaan menuju ke Gaza. –

Reuters

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *