
IPGM AMBIL TINDAKAN TEGAS, TIDAK BERKOMPROMI ISU BULI
11 Mei 2026
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli
di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media pada hari ini.
Kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak IPGM.
Tindakan tegas,
iaitu hukuman tatatertib buang IPGM akan diambil ke atas mana-mana
pelatih yang didapati bersalah.
IPGM tidak berkompromi dengan salah laku buli.
Pelatih guru perlu
berdisiplin serta menunjukkan akhlak dan sahsiah yang baik sebagai bakal
pendidik.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
11 MEI 2026
