PKS Terus Menjadi Pemacu Negara

10 Mei 2026

PKS terus menjadi pemacu ekonomi negara, namun kini turut berdepan cabaran akibat ketidaktentuan ekonomi global serta gangguan rantaian bekalan. Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, Kerajaan kekal komited memperkukuh akses pembiayaan kepada PKS.

Sebanyak RM10 bilion telah diperuntukkan melalui inisiatif berikut:

  1. RM5 bilion di bawah SJPP dengan jaminan pembiayaan sehingga 80%
  2. RM5 bilion melalui SME Stabilisation Relief Facility (SME SRF) di bawah dana Bank Negara Malaysia, dengan sokongan skim jaminan SJPP

Permohonan akan dibuka mulai 15 Mei 2026.

Inisiatif ini bertujuan membantu PKS terus kekal berdaya tahan dan beroperasi dalam keadaan ekonomi semasa.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk institusi kewangan sedia ada anda atau dapatkan info daripada SJPP.

📱: 03-20965000
🌐: https://www.sjpp.com.my/

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *