

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 MEI 2026
Malaysia dan Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR) berkongsi tekad yang utuh untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta kemakmuran rantau ASEAN secara keseluruhannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Lao PDR, Dr. Sonexay Siphandone, kedua mereka menzahirkan iltizam untuk memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, pendidikan tinggi, pertahanan, telekomunikasi dan keterhubungan serantau.
Anwar berkata Malaysia turut menyatakan sokongan terhadap usaha memperkasa integrasi ekonomi dan logistik ASEAN termasuk menerusi jaringan rel ASEAN Express yang menghubungkan Malaysia, Thailand, Lao PDR dan China, di samping memperkukuh kerjasama tenaga serantau melalui LTMS-PIP.
“Dalam semangat Malaysia MADANI dan kebersamaan ASEAN, kita percaya bahawa pembangunan yang mampan, saling menghormati serta perkongsian kemakmuran merupakan wahana penting bagi menjamin kestabilan dan masa depan rantau ini,” kata Perdana Menteri. – JM
