JAKOA perkasa kebajikan lebih 224,600 masyarakat Orang Asli

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terus memperkasa kebajikan lebih 224,600 penduduk Orang Asli melibatkan 18 suku kaum yang mendiami 853 kampung di seluruh negara.

Ketua Pengarah JAKOA, Muhammad Akmal Ila Ahmad berkata, usaha tersebut meliputi pembangunan sosial, ekonomi dan modal insan selain menaik taraf pelbagai kemudahan asas komuniti berkenaan.

β€œJAKOA sentiasa menyalurkan bantuan dan inisiatif kepada masyarakat Orang Asli, terutama melalui pembangunan sosial ekonomi, modal insan, kebajikan dan membina serta membaik pulih kemudahan seperti jalan raya, rumah dan sistem rawatan air.

β€œTermasuk pembinaan jambatan dan pelbagai kemudahan lain demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat Orang Asli di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Media, Pempengaruh dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Orang Asli di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, JAKOA turut mempunyai enam pejabat wilayah selain beberapa pusat kecemerlangan akademik dan latihan bagi memperkukuh pembangunan pendidikan serta kemahiran komuniti Orang Asli.

Katanya, antara pusat berkenaan ialah Pusat Transformasi Modal Insan Orang Asli (PUTRA Asli), Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) di Rompin dan Pusat Latihan Paya Bungor di Kuantan yang menawarkan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Selain itu, JAKOA turut memiliki dua pusat latihan iaitu Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai dan Pusat Latihan JAKOA Kluang, Johor bagi memperluas pembangunan kemahiran masyarakat Orang Asli.

MenurutcMuhammad Akmal lagi, agensi itu juga memiliki Muzium Orang Asli Gombak yang menyimpan warisan sejarah dan tradisi masyarakat berkenaan sejak sekian lama.

Dalam masa sama, beliau berharap kerjasama bersama media, pempengaruh dan NGO dapat diperkukuh bagi memastikan maklumat berkaitan Orang Asli disampaikan secara tepat dan berfakta.

β€œProgram dan inisiatif JAKOA sering dilaporkan dalam media arus perdana, untuk itu saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan media yang membantu.

β€œSaya menyeru semua pihak, terutamanya rakan media untuk terus menyokong segala usaha dengan menyalurkan berita yang berkualiti, seimbang dan berfakta,” jelasnya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *