TINDAKAN PENGUATKUASAAN DILAKSANAKAN SELARAS PERUNTUKAN
UNDANG-UNDANG

PUTRAJAYA, 7 Mei – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
menegaskan bahawa pengeluaran Perintah Pembubaran Sementara terhadap
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dilaksanakan sepenuhnya mengikut
peruntukan Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 serta berdasarkan penelitian
terhadap ketidakpatuhan berterusan terhadap arahan bertulis yang telah dikeluarkan
Jabatan sebelum ini.

Tindakan tersebut diambil susulan kegagalan MTUC mematuhi arahan JPPM
bertarikh 6 April 2026, khususnya berkaitan penyerahan penyata kewangan dan kunci
kira-kira yang telah diaudit, termasuk maklumat berhubung kewangan atau harta yang
diterima daripada sumber luar negara bagi tempoh 2020 hingga 2025.

JPPM menegaskan bahawa setiap tindakan pengawalseliaan terhadap pertubuhan
berdaftar dilaksanakan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang
yang berkuat kuasa. Jabatan ini tidak dipengaruhi oleh sebarang kepentingan mana-
mana pihak dan setiap keputusan dibuat berdasarkan penelitian dokumen, fakta serta
pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan.

Sehubungan itu, MTUC mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan kepada YB
Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perintah dikeluarkan.

Sekiranya tiada rayuan dikemukakan dalam tempoh tersebut atau rayuan ditolak,
Perintah Pembubaran Sementara berkenaan akan berkuat kuasa secara muktamad
selaras dengan peruntukan undang-undang.

JPPM kekal komited melaksanakan tanggungjawab pengawalseliaan secara tegas,
adil dan berintegriti bagi memastikan setiap pertubuhan berdaftar beroperasi secara
teratur, telus serta mematuhi kehendak perundangan negara.

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA
7 MEI 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *