PERISYTIHARAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA
BERKENAAN PERATURAN PENETAPAN TARIKH AWAL ZULHIJAH
DAN HARI RAYA KORBAN BAGI TAHUN 1447H / 2026M

PUTRAJAYA, 8 Mei 2026 – Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah
mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa tarikh
bagi melihat anak bulan Zulhijah ialah pada petang hari Ahad, 17 Mei 2026 Masihi
bersamaan 29 Zulkaedah tahun 1447 Hijrah.

  1. Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat
    anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut di tempat yang berikut:

2.1. Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor;

2.2 Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara,
Melaka;

2.3 Balai Cerap Negeri Sembilan (MAINS);

2.4 Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan;

2.5 Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan;

2.6 Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan;

2.7 Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah
Manjong, Perak Darul Ridzuan;

2.8 Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;

2.9 Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah Darul
Aman;

2.10 Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
Darul Aman;

2.11 Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman;
1/2
2.12. 2.13. 2.14. 2.15. 2.16. 2.17. 2.18.

2.12 Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;

2.13 Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;

2.14 Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;

2.15 Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;

2.16 Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan;

2.17 Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur,
Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;

2.18 Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra
Semerak, Kota Bharu, Kelantan;

2.19. Pusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri, Sarawak;

2.20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;

2.21. Pusat Falak Bintulu, Sarawak;

2.22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;

2.23. Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;

2.24. Stesen Cerapan Hilal Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang;

2.25. Menara 188, Kuantan Pahang;

2.26. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;

2.27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur;

2.28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya; dan

2.29. Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis

  1. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan
    Tarikh Awal Zulhijah adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
  2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, akan mengisytiharkan pada malam itu juga Tarikh Awal Zulhijah yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen.

PERINGATAN: PERKATAAN-PERKATAAN DI ATAS TIDAK BOLEH DIPINDA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

Bilik Berita
Bahagian Media dan Komunikasi Korporat
Jabatan Penerangan Malaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *