
5 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh penguatkuasaan melalui operasi bersepadu bagi membanteras jenayah rentas sempadan dan penyeludupan yang menjejaskan keselamatan negara.
💬 “Penguatkuasaan bersepadu akan terus diperkasa bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Hasil tindakan tegas dan bersepadu:
🔹 263 tangkapan berjaya dilaksanakan
🔹 22 kenderaan, 3 bot dan 48 telefon bimbit disita
Status operasi harian turut menunjukkan keberkesanan berterusan:
🔹 RM2.08 juta rampasan harian
🔹 RM2,281.72 rampasan Ops Tiris (Sabah)
Pendekatan tegas, bersepadu dan berteknologi tinggi terus diperkasa melalui pemerkasaan teknologi, peningkatan rondaan maritim serta integrasi risikan merentas agensi (PDRM–APMM–JIM).
KDN komited memastikan setiap ancaman ditangani secara menyeluruh demi melindungi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
📞 Laporkan aktiviti mencurigakan:
MKN: 03-8888 2010 | MyGCC: 03-8000 8000
Sumber: KDN ( 4 Mei 2026)
