
SEPANG, 4 Mei β Seramai 10 aktivis Malaysia yang diculik oleh tentera rejim Zionis ketika menyertai pelayaran di kepulauan Greece pada 1 Mei lalu akan meneruskan perjuangan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dan tidak akan dibawa pulang ke tanah air.
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kesemua aktivis berkenaan akan diberikan tugasan dari semasa ke semasa sementara menunggu pelayaran seterusnya.
βChef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memaklumkan bahawa penilaian penilaian sedang dibuat bagi menggabungkan pergerakan dari Greece dan Turkiye dalam masa terdekat,β katanya pada sidang media di SNCC, di sini.
Beliau berkata, daripada 175 individu yang dilaporkan diculik oleh tentera rejim, seramai 31 daripadanya dimasukkan ke hospital selepas didakwa dipukul dengan teruk.
Bagaimanapun, katanya, 10 aktivis Malaysia yang kini berada di Turkiye disahkan berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
2027
Mengulas lanjut, beliau berkata daripada 21 kapal yang ditahan pada 30 Mei lalu, tiga kapal yang ditunda oleh kapal Open Arms dari Barcelona dilaporkan mengalami kerosakan teruk.
βSatu kapal disahkan karam diyakini disabotaj oleh pihak rejim,β katanya.
Dalam perkembangan sama, Datuk Sani Araby turut mengecam tindakan penculikan dan penahanan dua aktivis kemanusiaan yang juga anggota jawatankuasa induk GSF, iaitu Saif Abukeshek dan Thiago Avila, yang kini ditahan di Penjara Shikma, Ashkelon, selama lebih 96 jam.
Sumber – RTM
