RM125,683.30 DIRAMPAS DALAM SEHARI

3 Mei 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat operasi penguatkuasaan melalui Op Tiris bagi membanteras penyeludupan diesel yang menjejaskan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat.

💬 “KDN tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penyeludupan yang menjejaskan kepentingan negara. Penguatkuasaan akan terus diperkasa secara bersepadu.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Dalam tempoh hanya sehari:
🔹 RM125,683.30 nilai rampasan direkodkan
🔹 Cubaan penyeludupan diesel berjaya digagalkan
🔹 Pemeriksaan diperketat di sempadan, jalan raya dan kawasan berisiko tinggi

Pendekatan penguatkuasaan bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi terus diperkukuh melalui rondaan, pemantauan berterusan serta tindakan tegas tanpa kompromi mengikut undang-undang.

KDN komited memastikan ketirisan dapat dibendung dan bekalan bahan api negara kekal terpelihara demi kepentingan rakyat.

📞 Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan:
MKN: 03-8888 2010 | MyGCC: 03-8000 8000

Sumber: KDN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *