


Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri
1 MEI 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Nurul Iman, Rawang.
“Khutbah hari ini mengingatkan kita bahawa pekerjaan adalah sebahagian daripada ibadah apabila dilaksanakan dengan niat yang benar, amanah dan ihsan,” kata Anwar.
“Ia menuntut kita melihat rezeki bukan sekadar hasil material, tetapi sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah, memakmurkan kehidupan, serta memberi manfaat kepada masyarakat,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Sebelum itu, beliau turut singgah menjamu selera di gerai berdekatan dan berkesempatan beramah mesra bersama para pengunjung sekitar bagi mendekatkan diri dengan denyut nadi rakyat dalam suasana yang sederhana namun penuh makna. – JM
