PMX hubungi Ketua Pengarah SNCC dapatkan perkembangan terkini penahanan aktivis Global Sumud Flotilla

Wartawan JM
30 APRIL 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berhubung dengan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr. Sani Araby bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung penahanan para aktivis Global Sumud Flotilla.

“Ternyata rejim Zionis Israel sanggup bertindak bacul dan gila apabila menahan aktivis Global Sumud Flotilla di perairan antarabangsa semata-mata mahu menghentikan misi kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang berdepan penderitaan akibat konflik berpanjangan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

“Kepada keluarga para aktivis, saya titipkan salam penuh kekuatan. Kerajaan MADANI tidak akan berdiam diri, kita sedang bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan semua yang ditahan dibebaskan dengan segera,” tambah beliau.

Beliau berkata ini adalah saat yang menguji nurani kita sebagai manusia.

“Kita berdoa agar segala urusan dipermudah, mereka dilindungi daripada sebarang malapetaka, dan diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” tambah Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *