

30 April 2026
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kekerasan dan haram oleh tentera Israel yang memintas
Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa pada 29 April 2026.
Penggunaan bot laju tentera
untuk menghalang dan memintas beberapa buah kapal kemanusiaan, yang membawa bekalan perubatan
dan makanan, merupakan satu pelanggaran yang nyata terhadap undang-undang maritim antarabangsa
dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Malaysia menegaskan bahawa Global Sumud Flotilla (GSF) merupakan satu inisiatif kemanusiaan yang
aman, bertujuan untuk menyalurkan bekalan perubatan dan makanan yang diperlukan bagi menstabilkan
sistem penjagaan kesihatan yang telah musnah, serta memberikan bantuan kepada penduduk yang
berhadapan dengan krisis genosid dan kebuluran di Gaza.
Malaysia menuntut agar segala ancaman terhadap misi kemanusiaan tersebut dihentikan serta-merta dan
memastikan laluan yang selamat bagi penyaluran bantuan kemanusiaan tersebut, serta keselamatan dan
perlindungan ke atas semua aktivis antarabangsa di atas kapal.
Kementerian sedang memantau situasi ini
dengan teliti dan sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan serta keselamatan kesemua
rakyat Malaysia yang berada di atas flotila tersebut.
Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan masyarakat
antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan rejim Israel dipertanggungjawabkan atas
pelanggaran yang berterusan terhadap undang-undang antarabangsa.
Malaysia kekal teguh terhadap perjuangan rakyat Palestin dan akan terus menyokong usaha ke arah
penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967,
dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Putrajaya
30 April 2026
