RM21.9 JUTA RAMPASAN: KDN PERGIAT OPERASI BANTERAS KETIRISAN SUBSIDI

30 April 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan dalam membanteras ketirisan subsidi dan aktiviti penyelewengan melibatkan barangan kawalan di seluruh negara.

💬“KDN akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi memastikan ketirisan subsidi dapat dibanteras secara menyeluruh demi melindungi kepentingan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Sepanjang tempoh 12 hingga 28 April 2026, sebanyak RM21.9 juta nilai rampasan keseluruhan berjaya direkodkan, melibatkan kes berkaitan tong minyak, botol minyak masak dan LPG hasil operasi bersepadu oleh agensi penguatkuasaan.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan KDN dalam memastikan bekalan bersubsidi dilindungi, seterusnya menjamin kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Pendekatan tegas ini juga memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran krisis bekalan global yang memerlukan kawalan rapi di semua peringkat.

Sumber: KDN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *