
29 April 2026
(Info Ringkas)
Sebagai sebahagian daripada inisiatif di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB), projek bina baharu rumah telah dilaksanakan bagi membantu penerima, En. Zainal di Semanggol, Perak.
Projek ini melibatkan peruntukan sebanyak RM85,950.00, dengan matlamat menyediakan kediaman yang lebih selesa, selamat dan berkualiti. Usaha ini bukan sahaja memenuhi keperluan asas perumahan, malah turut memberi impak positif dalam meningkatkan kesejahteraan hidup penerima secara menyeluruh.
Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan golongan berpendapatan rendah, khususnya di kawasan bandar, mendapat akses kepada tempat tinggal yang lebih sempurna dan berdaya huni.
