PMX hadir konsert “Winds of Glory”

Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
26 APRIL 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri konsert “Winds of Glory” oleh Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra bersama Amir Masdi yang memperlihatkan bagaimana pendidikan yang tuntas mampu melahirkan generasi muda yang berdaya saing, bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di pentas antarabangsa.

Beliau berkata kejayaan SPWinds meraih pengiktirafan antarabangsa, termasuk Anugerah Emas di Vienna, adalah cerminan bahawa ekosistem pendidikan kita—yang didukung guru-guru, ibu bapa dan masyarakat berupaya menyemarak bakat serta membina sahsiah unggul.

Justeru, kata Anwar kerjasama strategik bersama penggiat seni profesional seperti Amir Masdi tidak semata memperkaya pengalaman pembelajaran, bahkan menjadi wahana penting dalam memperluas ufuk pemikiran dan keyakinan anak-anak kita.

“Saya menyeru agar usaha murni ini terus disokong oleh semua pihak, termasuk sektor swasta dan masyarakat, demi memastikan perjalanan anak-anak ini ke pentas dunia seperti World Music Contest 2026 dapat dijelmakan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Walhasil, beliau berkata inisiatif seperti ini bukan sekadar tentang muzik, tetapi tentang membina legasi generasi yang berani, berbudaya dan berdaya saing di persada global. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *