
27 April 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat operasi penguatkuasaan berfokus bagi membanteras ketirisan melibatkan komoditi kritikal khususnya bahan api di seluruh negara.
đŹâKDN akan terus memperkukuh operasi berfokus bagi membanteras ketirisan komoditi kritikal serta memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara tegas dan berkesan.â
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Sehingga 25 April 2026, hasil pelaksanaan operasi menunjukkan:
đ´ Ops Tiris:
51 kes diesel dikesan melibatkan aktiviti penyeludupan termasuk penggunaan tangki ubah suai.
đĄ Ops Som:
16 kes petrol dikenal pasti melibatkan ketirisan di stesen minyak berhampiran sempadan.
Pendekatan bersepadu ini dilaksanakan melalui rondaan intensif, pemantauan berterusan serta kerjasama antara agensi bagi memastikan rantaian bekalan negara kekal stabil dan tidak disalahgunakan.
đ Sumber:
Laporan Status Keselamatan dan Penguatkuasaan KDN
Impak Krisis Bekalan Global | 25 April 2026
