
.
๐๐จ๐๐ก๐ง๐๐ก, ๐ฎ๐ฒ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Kegiatan Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas C menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika dari pantai terus berulang apabila sebuah lagi vesel tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang, awal pagi Ahad lalu.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan Mat Rejab memaklumkan, vesel terbabit dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum dihampiri dan diperiksa ketika sedang bersauh serta menjalankan aktiviti menangkap ikan di kedudukan kira-kira 6.2 batu nautika tenggara Tanjung Agas.
Tambah beliau, vesel berkenaan ditahan kira-kira pukul 1.00 pagi ketika bot ronda Maritim Malaysia menjalankan Op MAKMUR dan Op TIRIS di perairan Pahang.
โHasil pemeriksaan mendapati vesel terbabit dikendalikan lima kru warga Vietnam termasuk tekong berusia antara 26 hingga 43 tahun,โ katanya.
Jelas beliau, kesemua mereka disyaki melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika dari pantai.
โMalah, mereka turut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan,โ katanya.
Tambah beliau, vesel bersama tekong, kru serta hasil laut kira-kira 20 kilogram diiring masuk ke Jeti Pernepa Kuantan Slipway sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pahang untuk tindakan lanjut.
Mengulas lanjut berkaitan tangkapan berulang tersebut, Laksamana Pertama Maritim Mazlan berkata, tangkapan berkenaan membuktikan masih terdapat pihak yang tidak serik melanggar undang-undang maritim walaupun penguatkuasaan dipertingkatkan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah maritim atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
