SINDIKET DIESEL BERSUBSIDI TUMPAS

26 April 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui tindakan tegas Polis Diraja Malaysia berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi menerusi Ops Taring Bravo 1 di sekitar Shah Alam dan Sungai Buloh, Selangor.

Operasi ini menyaksikan 8 individu ditahan serta rampasan sebanyak 124,950 liter diesel bersubsidi bernilai RM645,632, dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM1.8 juta.

💬“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap penyelewengan subsidi yang menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Tindakan tegas akan terus diambil tanpa kompromi.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Siasatan mendapati sindiket ini bertindak licik dengan memanipulasi rantaian bekalan sebelum menjual semula diesel bersubsidi ke pasaran industri pada harga lebih tinggi, sekali gus meraih keuntungan luar biasa dan menjejaskan ekonomi negara.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Imigresen 1959/63, dengan kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan penguatkuasaan yang menyeluruh dan berkesan.

KDN komited memperkukuh penguatkuasaan secara bersepadu demi melindungi kepentingan rakyat dan memastikan subsidi negara tidak disalah guna.

Sumber: BERNAMA / Polis Diraja Malaysia (PDRM), 25 April 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *