
26 April 2026
Operasi penguatkuasaan di Kedah terus menunjukkan keberhasilan apabila sebanyak 58 kes rampasan direkodkan melibatkan 33,586 kuantiti barangan kawalan dengan nilai keseluruhan RM121,945 setakat 22 April 2026.
💬“Kejayaan ini membuktikan tindakan penguatkuasaan bersepadu KDN berada pada landasan yang tepat.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Pencapaian ini membuktikan keberkesanan pendekatan bersepadu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membanteras ketirisan barangan bersubsidi serta memastikan kestabilan bekalan domestik dan keselamatan negara terus terpelihara.
Sumber: Siaran Media Kementerian Dalam Negeri (KDN), 25 April 2026
