TABUNG KASIH @HAWANA SANTUNI PETUGAS MEDIA RTM, PULAUPINANG DIPILIH SEBAGAI LOKASI SAMBUTAN HAWANA 2026

Butterworth : Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM) Razif Saidin di kediamannya hari ini.
Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

BUTTERWORTH, 25 April 2026 – Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil,
menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada petugas Radio Televisyen
Malaysia (RTM), Razif Saidin, ketika menziarahi beliau di kediamannya di sini.

Razif, 44, telah berkhidmat sebagai Penolong Jurutera di RTM selama 21 tahun.

Beliau
mengalami komplikasi saraf kronik akibat kemalangan motosikal pada tahun 2023 dan
perlu menjalani rawatan fisioterapi serta pengambilan ubat secara berterusan.

Tabung Kasih@HAWANA yang diperkenalkan sejak April 2023 telah memberi manfaat
seramai 727 pengamal media di seluruh negara.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen
berterusan Kerajaan MADANI dalam menjaga kebajikan komuniti media, khususnya
mereka yang memerlukan.

YB Datuk Fahmi turut mengumumkan pemilihan Pulau Pinang sebagai tuan rumah bagi
sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 yang akan dirasmikan oleh YAB
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

HAWANA 2026 dijangka bakal menghimpunkan kira-kira 1,000 pengamal media dari
dalam dan luar negara, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai platform utama
dalam mempererat kerjasama strategik industri media di peringkat nasional dan ASEAN.

Selain itu, menteri komunikasi dan penerangan negara-negara ASEAN, wakil media
antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia, pengamal media tempatan serta veteran
industri turut diundang hadir ke sambutan tahun ini.

Dalam landskap media yang dipacu teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan
kepantasan aliran maklumat, HAWANA 2026 turut menekankan kepentingan
memperkukuh kredibiliti, etika serta kepercayaan awam terhadap media.

HAWANA disambut pada 29 Mei setiap tahun bersempena dengan penerbitan edisi
pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, sebagai tanda penghargaan terhadap
jasa dan sumbangan pengamal media kepada pembangunan negara.

Turut hadir semasa penyerahan sumbangan ialah Ketua Setiausaha Kementerian
Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah serta Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), YBhg. Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Dikeluarkan oleh:
Sekretariat HAWANA 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *