
BAITULMAQDIS, 25 April-
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan mempunyai ketumbuhan malignan berukuran kurang satu sentimeter pada prostatnya.
Dia didakwa telah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut sekitar tahun 2024.
Perkara itu dimaklumkan Netanyahu menerusi platform X pada Jumaat.
Netanyahu pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital sejak kembali memegang jawatan pada Disember 2022. –
Sumber : AFP
