MCMC siasat lagi kes individu sebar berita palsu diesel ke Filipina

Oleh: Sholina Osman
24 APRIL 2026

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini telah merakam percakapan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina.

Kenyataan media MCMC memaklumkan Individu berkenaan yang ditemani oleh peguamnya telah hadir ke ibu pejabat MCMC di Cyberjaya untuk memberi keterangan.

Pada masa yang sama, MCMC turut menyita sebuan telefon bimbit dan satu kad SIM yang disyaki digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut bagi membantu proses siasatan.

Tindakan ini dibuat berpandukan kepada Seksyen 248, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MEMPERUNTUKKAN HUKUMAN DENDA

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan saluran digital untuk menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengelirukan orang ramai.

Sehubungan dengan itu, tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *