
SEBAR BERITA PALSU DIESEL KEPADA FILIPINA: LAGI INDIVIDU DISIASAT
CYBERJAYA, 24 April 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) hari ini telah merakam percakapan seorang individu yang disyaki
menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel
kepada Filipina.
Individu berkenaan yang ditemani oleh peguamnya telah hadir ke ibu pejabat
MCMC di Cyberjaya untuk memberi keterangan.
Pada masa yang sama, MCMC turut menyita satu (1) telefon bimbit dan satu (1)
kad SIM yang disyaki digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut bagi
membantu proses siasatan.
Tindakan ini dibuat berpandukan kepada Seksyen
248, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau
penjara maksimum dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan
saluran digital untuk menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengelirukan
orang ramai.
Sehubungan dengan itu, tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap
mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan
ketenteraman awam.
Komunikasi Korporat MCMC
