
PUTRAJAYA, 23 APRIL 2026 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memberi
maklum balas berkaitan dakwaan kewujudan kluster kanser di Unit Perubatan Nuklear,
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan
(BKRP) telah menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan dakwaan kewujudan kluster
kanser dalam kalangan kakitangan di Unit Perubatan Nuklear, Pusat Perubatan Universiti
Malaya (PPUM).
Siasatan ini dilaksanakan bagi menilai tahap keselamatan radiasi serta
pematuhan terhadap keperluan perundangan di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom
1984 (Akta 304).
Hasil siasatan mendapati bahawa tahap keselamatan radiasi di fasiliti berkenaan adalah
selamat, terkawal serta tiada isu pematuhan keselamatan sinaran yang kritikal.
Sehubungan itu, tiada bukti teknikal yang menyokong dakwaan bahawa
pendedahan radiasi di fasiliti ini telah menyebabkan kejadian kanser dalam
kalangan kakitangan.
KKM ingin menegaskan bahawa keselamatan pesakit, pekerja kesihatan dan orang
awam sentiasa menjadi keutamaan.
Pemantauan berkala serta audit pematuhan akan
terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua fasiliti mematuhi
standard keselamatan radiasi yang ditetapkan.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan
maklumat yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan awam.
KKM komited
untuk memastikan ketelusan maklumat dan akan terus menyalurkan maklumat yang
tepat berdasarkan bukti teknikal.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
23 April 2026
