



Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
21 APRIL 2026
Kerajaan akan mengumumkan langkah tambahan dalam masa terdekat bagi membantu golongan yang masih tersisih daripada peluang pekerjaan susulan krisis bekalan global.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuk golongan siswazah dan lulusan diploma yang masih buntu mencari pekerjaan bagi memastikan kemahiran mereka tidak disia-siakan
begitu sahaja.
“Saya akan umumkan langkah-langkah tambahan supaya kelompok yang tersisih daripada peluang
pekerjaan termasuk siswazah menganggur ataupun yang lulusan diploma itu.
DALAM MASA SINGKAT
“Kita akan umumkan dalam masa singkat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Sesi Meja Bulat Bersama Institusi Kewangan di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah bagi membantu rakyat mendepani kesan krisis bekalan global.
la termasuk pengekalan harga petrol di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUD|95) serta pengekalan subsidi diesel untuk Sabah dan
Sarawak.
KADAR BANTUAN BULANAN
Selain itu, kerajaan turut melaksanakan peningkatan kadar bantuan bulanan BUDI Diesel dan Agri-Komoditi untuk pemilik kenderaan diesel individu, petani serta pekebun kecil; peningkatan bantuan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP); dan penyediaan jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Berdasarkan statistik semasa, kadar
pengangguran di Malaysia kekal pada paras 2.9 peratus pada Februari 2026 dengan bilangan penganggur berjumlah 506,800 orang. – SUMBER : BERNAMA
